Get Adobe Flash player
Info Terkini
SEMINAR LAMBAIAN KAABAH
  
 

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan Seminar Lambaian Kaabah prihatin Umrah dengan kerjasama Al-Hijrah dan Persatuan Insan Prihatin Malaysia pada 24 April 2014, jam 10.00 pagi, bertempat di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR secara PERCUMA. Tempat adalah terhad kepada 200 peserta terawal.

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pn. Marina Bt Hj.Ismail (04-6505523) atau Pn. Siti Salehah Bt. Kamarudin (04-6505514).

 

Klik untuk muat turun borang penyertaan disini.

 
 

 

BENGKEL SOLEKAN DAN KECANTIKKAN BERSAMA SELEBRITI - NADIAH KESUMAWATI

  

PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan Bengkel Solekan Dan Kecantikan pada 30 April 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Ruang Legar, Tingkat 5, KOMTAR.

Sehubungan dengan itu, puan adalah dijemput untuk menyertai serta menghebahkan program ini kepada ahli-ahli yang berminat. Yuran penyertaan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM20.00 sahaja dan peserta akan diberikan sijil penyertaan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Marina Ismail di talian 04-6505523. Untuk makluman lanjut, sila klik PAUTAN ini.


 

Sumbangan Peralatan Perubatan PUSPANITA KEBANGSAAN Dengan Kerjasama Biro  Kebajikan Dan Tabung PUSPADARA PUSPANITA

 

Permohonan peralatan perubatan dibuka kepada ahli PUSPANITA Kementerian & Negeri yang layak menerima sumbangan. Untuk maklumat lanjut, sila klik PAUTAN ini.

 


 

Muat Turun Slide Seminar Asmaul Husna di pautan ini


 

Diminta semua ahli Puspanita Negeri Pulau Pinang yang telah/pernah menerima sebarang penganugerahan Darjah Kebesaran menghubungi Cik Nooranita Ismail (Tel : 012-4589903) untuk direkod dan dikemaskinikan segera di dalam Senarai Penerima Darjah Kebesaran.



 
Kalendar PUSPANITA
April 2014
S M T W T F S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Halaman Utama

Perutusan Pengerusi Puspanita Negeri Pulau Pinang Tahun 2014

  

ــــــــمﺍﷲﺍﻟﺮﺣﻤﻦﺍﻟﺭﺣﯿــــــــــ

Untitled-2 

 

 datin hamidah 8

 Syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya maka tahun 2014  ini  PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang telah berusia 31 tahun iaitu satu usia yang cukup matang, kukuh dan stabil bagi sebuah persatuan.

 

Semoga sikap ahli-ahli  juga sama matangnya dengan PUSPANITA. Oleh itu marilah kita sama-sama bersepakat, bekerjasama, ikhlas dan komited dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran  bagi memajukan PUSPANITA agar dapat mencapai kejayaan yang terbaik dan disegani oleh masyarakat. Segala sifat yang negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri, tidak aktif dan sentiasa menyalahkan orang lain hendaklah diketepikan.

Besarlah harapan saya agar tahun 2014 ini akan lebih menyemarakkan lagi semangat kita untuk menjalankan dan menyertai pelbagai aktiviti PUSPANITA kita. Sumbangkanlah idea dan pengalaman bagi memantapkan lagi setiap aktiviti yang dirancang / dijalankan oleh PUSPANITA yang mana jika digerakkan secara bersepadu sudah pasti akan menyumbang kepada kecemerlangan PUSPANITA.


Saya juga amat berharap agar setiap program yang telah dan akan dilaksanakan akan dapat menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri setiap ahli yang hadir dan berjaya menjadikan kita insan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dari hari semalam. Juga semoga semua program yang kita telah dan akan anjurkan mendapat kerahmatan Allah SWT hendaknya.

 

Akhir kata saya mendoakan agar Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah serta kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada semua ahli PUSPANITA. Juga semoga Dia mengurniakan kekuatan  untuk kita dapat terus menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan yang proaktif dalam arus perdana masa ini.

 

Selamat Maju Jaya.

 Untitled-1

 

 

 

 

Terakhir Dikemaskini (Selasa, 18 Mac 2014 13:34)

 
Undi
Laman web ini memberi pengetahuan kepada anda ?
 
Atas Talian
Kami ada 8 pelawat online
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini137
mod_vvisit_counterKeseluruhan155715