Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya, kini tahun 2020 muncul dengan semangat dan azam yang baharu buat semua Ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang
Sebagai Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang yang baharu, saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini dan seterusnya saya akan berusaha untuk membawa PUSPANITA ke tahap yang lebih cemerlang
Saya juga berharap agar semua aktiviti dan program anjuran persatuan ini mampu memberi impak kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Saya percaya dengan kerjasama dan penggembelingan tenaga semua ahli apa-apa sahaja program/aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan jayanya.
Sesungguhnya saya menyeru kepada seluruh ahli PUSPANITA Pulau Pinang agar bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam memastikan PUSPANITA berkembang dan menjadi sebuah persatuan yang berjaya .
Akhir kata, marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan terus cemerlang dan meraih kejayaan pada tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
YBHG DATIN ARIDA BINTI ABDUL RAZAK
Pengerusi PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG