green blue white yellow red
  • Bahasa Melayu Bahasa Melayu

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Perutusan Penasihat

 

2. Datin Aridav4Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur saya Kehadrat Allah SWT dengan izinNya saya di berikan kesempatan merakamkan ucapan sepatah dua kata di dalam laman ini.

Saya yakin laman web ini berfungsi sebagai hub untuk ahli PUSPANITA dalam mengumpul, menyalur dan berkongsi maklumat berkenaan semua program dan aktiviti yang dianjurkan.   Besar harapan saya agar laman web ini akan terus dikemaskini dari masa ke semasa dengan memasukkan pelbagai maklumat berkenaan semua aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh PUSPANITA.

Sesungguhnya peranan dan penglibatan suri dan pegawai wanita yang menjadi ahli PUSPANITA amat di hargai, kerana melalui sumbangan bakti yang di hulurkan secara sukarela @ volunteerism kepada ahli dan masyarakat khususnya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Saya berharap semua program yang akan dilaksanakan akan membawa manfaat kepada semua dan sumbangan yang di hulurkan secara sukarela akan dilaksanakan secara berterusan. Semuga semua ahli PUSPANITA dapat memainkan peranan masing-masing dalam menyumbang kearah pembangunan diri, keluarga, masyarakat menepati slogan PUSPANITA  iaitu  “WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”

Sekian, terima kasih.


Penasihat PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

YB. DATO' ABDUL RAZAK BIN JAAFAR