green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PROGRAM "FUN RUN" BIRO SUKAN PUSPANITA PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya ingin memaklumkan bahawa Biro Sukan ,PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan program  seperti berikut  :


Program : "Program FUN RUN Di Pulau Pinang"

Tarikh    :  6 November2016  (Ahad)

Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat  :  Taman botani Pulau Pinang (mula dan akhir)

Yuran     :  RM10.00

Mohon kerjasama Y.Bhg Datin / Puan  untuk mewar-warkan kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan / Daerah / PBT masing - masing.

Semoga dengan sokongan dan keprihatinan Y.Bhg Datin / Puan program ini dapat dijayakan dengan lancar.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Hajah Norizan Bt Zainul (MBPP) di talian 04-2592168 / Puan Hajah Nazihah Bt Zainol Abidin (04-2592017, no faks 04-2631095) atau Cik Intan Shakira Bt Abdul Latif (04-2592324, no faks 04-2642900) sebelum atau selewat-lewatnya pada 2 November.

ATURCARA PROGRAM
7.00 Pagi  Ketibaan peserta di Taman Botani, Pulau Pinang
7.30 Pagi  Minun pagi / Senaman Ringan 
  Ucapan Perasmian oleh Datin Seri Ir. Hajah Hamidah bt Mat Daud (Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang) / Y.Bhg. Dato' Patahiyah bt Ismail, Pengerusi Biro Sukan PUSPANITA Negeri Pulau Pinang
8.00 Pagi Larian Bermula
12.oo T.hari  Larian Berakhir
  Makan Tengahari
  Bersurai

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA ANJURAN PUSPANITA MBPP SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2016 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA MBPP dengan kerjasama Jabatan Landskap MBPP akan menganjurkan Pertandingan Gubahan Bunga bersempena Majlis Sambutan Hari Landskap Negara 2016 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan akan diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A. Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor bt Shariff pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2016 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Linear Park, Tanah Lapang Sungai Ara, Lorong Kenari 1, Sungai Ara, Pulau Pinang.

Untuk maklumat Lanjut sila klik pautan ini.

PROGRAM MOTIVASI : #3i(IMAN, IHSAN,IKHLAS) = KECEMERLANGAN

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang bekerjasama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program Motivasi : #3i (Iman,Ihsan, Ikhlas) = Kecemerlangan seperti butiran berikut :-

Tarikh : 21 Julai 2016 / 16 Syawal 1437H (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Auditorium A, Ting. 5, KOMTAR
Penceramah : Y.Bhg Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek, Personaliti Tv9 (Program : Tanyalah Ustaz)

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cik Nooranita binti Ismail di talian 04-6505191 / 012-4589903 atau faks 04-2610373.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Julai 2016.

Untuk maklumat lanjut, Sila klik pada Surat Jemputan, Borang Pengesahan Kehadiran & Aturcara Program.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 2 Ogos 2016 / 28 Syawal 1437H (Selasa)
Masa : 12.00 tgh – 3.00 petang
Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang

Sehubungan dengan itu, semua adalah dijemput menghadiri Majis tersebut. PUSPANITA Negeri akan menyediakan Laksa, Rendang dan minuman .Y. Bhg Datin / Puan juga diminta membawa kuih muih atau sebarang juadah secara “Pot Luck” untuk dinikmati bersama bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sila klik untuk muat turun SURAT JEMPUTAN.

PROGRAM #MALAYSIANGAJI

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Keusahawanan PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 29 Jun 2016 (24 Ramadhan 1437)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Auditorium, Perpustakaan Negeri Seberang Jaya, JKR 2118 Jalan Perpustakaan, 13700 Seberang Jaya, Perai

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Hazrawaty binti Mustapha di talian 04-3971058.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan Surat Jemputan dan Borang Penyertaan.

ms 4 001

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Agama PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program di atas seperti butiran berikut :-

Tarikh : 17 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Annex, Kediaman Rasmi YB Dato' Seri SUK Jalan York

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Noraini binti Idris di talian 04-2637200 atau faks 04-2502810 atau Cik Nooranita binti Ismail di talian 04-6505191.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Jun 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan Surat Jemputan dan Pengesahan Kehadiran dan Aturcara.

PROGRAM SOLAT SUNAT TAUBAT, TASBIH DAN DHUHA ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program di atas seperti butiran berikut :-

Tarikh : 18 Jun 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Annex, Kediaman Rasmi YB Dato' Seri SUK Jalan York
Usatazah : Y.Bhg Ustazah Hasnah bt Mohd Idris

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cik Nooranita binti Ismail di talian 012-4589903 / 04-6505191 atau faks 04-2610373.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Jun 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan  Surat Jemputan dan Pengesahan Kehadiran.