green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE 20 PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT DAN JUALAN PUSPANITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua Ahli PUSPANITA Daerah Timur Laut

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG KALI KE-20 TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah Timur Laut, Pulau Pinang kali ke-20 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Januari 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya,
Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut
Tingkat 51 KOMTAR, Pulau Pinang

3. Sehubungan itu, semua ahli PUSPANITA Daerah Timur Laut adalah dijemput ke mesyuarat ini. Semua ahli adalah diminta untuk memakai pakaian seragam PUSPANITA (jika ada). Bagi PENDAFTARAN AHLI BARU, kehadiran puan adalah dialu-alukan. Sekiranya ahli mempunyai sebarang usul adalah dipohon mengemukakan kepada Setiausaha PUSPANITA Daerah Timur Laut melalui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks: 04-263 6587 sebelum atau pada 24 Januari 2018.

4. Dimaklumkan juga bahawa Jualan PUSPANITA Daerah Timur Laut turut akan diadakan bersempena mesyuarat tersebut bertempat di Ruang Legar Tingkat 51, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut, KOMTAR Pulau Pinang. Bagi sesiapa yang berminat untuk sewaan tapak jualan boleh menghubungi Puan Farah ditalian 04-650 5510 / Puan Roshidah 04-650 5514 untuk sebarang pertanyaan.

muat turun surat jemputan

borang usul