green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Kejohanan Tenpin Bowling PUSPANITA Daerah Timur Laut Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YB. Dato’/ YBhg. Dato/ Tuan / Puan,

2.       Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puspanita Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Boling Terbuka Wanita pada ketetapan seperti berikut :-

                           Tarikh   : 24hb Februari 2018 (Sabtu)

                            Masa    : 10.30 Pagi

                           Tempat : Aspiration Centre

                                           Bayan Baru, Pulau Pinang

 

3.      Sehubungan dengan itu, Persatuan ini dengan berbesar hati menjemput ahli dari Jabatan / Agensi Yg. Bhg. Dato' / Tuan / Puan untuk menyertai serta memeriahkan lagi kejohanan ini. 

4.        Sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras kejohanan  Cik Sharifah Fatimah Bt Syed Hashim (012-573 5796) atau Puan Siti Sara Bt Ahmad di talian No. Tel Pejabat : 04 – 6505267. 

Bersama-sama dengan ini dilampirkan sesalinan borang penyertaan dan syarat-syarat kejohanan untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Segala kerjasama Yg. Bhg. Dato' / Tuan / Puan amatlah dihargai.