green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Program Sambutan Bulan Pemakanan Dan Seminar Menangani Masalah Obesiti Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Program Sambutan Bulan Pemakanan dan Seminar Menangani Masalah Obesiti Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018 seperti ketetapan berikut :-

                        Tarikh             : 12 April 2018 (Khamis)

                        Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang

                        Tempat           : Auditorium A, Aras 5, KOMTAR


Tema sambutan bagi tahun 2018 adalah “Your Only Choise: Eat Healthy And Be Active” atau maksudnya adalah “Hanya Satu Pilihan: Makan Sihat dan Aktif Selalu”. Sambutan Bulan Pemakanan adalah bertujuan mempromosikan amalan makan secara sihat dan hidup aktif sebagai kunci utama bagi kehidupan yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit di kalangan masyarakat Malaysia.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej makan secara sihat sempena Bulan Pemakanan Malaysia kepada masyarakat di Pulau Pinang dan memberi pendedahan serta maklumat untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Saringan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh juga akan diadakan pada hari tersebut.

Justeru itu, kami dari Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang berbesar hati menjemput tiga (3) orang ahli PUSPANITA sebagai wakil dari setiap biro untuk menyertai program ini. Aturcara program dan borang penyertaan disertakan bersama dan sila hantar penyertaan kepada Pn.Irdawati binti Saleh sebelum 28 Mac 2018.