green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM ”COFFEE TALK: PENGALAMAN AWAN BIRU – SATU SURATAN ATAU KEBETULAN” ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Program Coffee Talk : Pengalaman Awan Biru – Satu Suratan Atau Kebetulan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2018 (Selasa)

Masa : 2.00 – 4.30 petang

Tempat : Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang

Penceramah : YBrs. Lt. Kol. Norhana binti Abd Manaf, Pegawai Staf 1 Rancang Pegawai, Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan Malaysia

Sasaran : Terbuka kepada semua pegawai Pengurusan & Profesional

Sehubungan itu, YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan dijemput untuk hadir/ mengemukakan pencalonan dua (2) orang ahli bagi setiap Biro untuk menghadiri program ini.

Tempat untuk peserta adalah terhad bagi 100 peserta terawal sahaja. Kehadiran peserta akan dikira sebagai satu (1) hari berkursus. Untuk makluman, tiada kemudahan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur.

Kerjasama YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan seterusnya dipohon untuk mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran B) kepada pentadbiran ini sebelum atau pada 9 Ogos 2018 (Khamis) jam 12.00 tengah hari melalui e-mel kepada urusetia.

Sekiranya pihak YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi pegawai berikut: 

Puan Sharmila binti Muhamad Yatim, Tel. 04-6505168, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Puan Siti Munirah binti Mahamod, Tel. 04-6505783, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Puan Nur Afiza binti Abdul Razak, Tel. 04-6505489, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Muat turun Surat Jemputan, Lampiran A & B.