green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Program Sembang Santai Bersama Ustaz Don

Biro Kebajikan & kesihatan  PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan Program Sembang Santai Bersama Ustaz Don seperti ketetapan berikut:

      Tarikh : 9 April 2018

      Masa : 9.00 pg - 11.00 pg

      Tempat : Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR, Pulau Pinang.

      Tajuk : Rahsia Rejab

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 & tempat adalah terhad. 

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Siti Salehah binti Kamarudin di talian 04-6505514 @ 011-12541131.

don

Program Sambutan Bulan Pemakanan Dan Seminar Menangani Masalah Obesiti Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Program Sambutan Bulan Pemakanan dan Seminar Menangani Masalah Obesiti Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2018 seperti ketetapan berikut :-

                        Tarikh             : 12 April 2018 (Khamis)

                        Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang

                        Tempat           : Auditorium A, Aras 5, KOMTAR


Tema sambutan bagi tahun 2018 adalah “Your Only Choise: Eat Healthy And Be Active” atau maksudnya adalah “Hanya Satu Pilihan: Makan Sihat dan Aktif Selalu”. Sambutan Bulan Pemakanan adalah bertujuan mempromosikan amalan makan secara sihat dan hidup aktif sebagai kunci utama bagi kehidupan yang sihat serta mengurangkan risiko penyakit di kalangan masyarakat Malaysia.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej makan secara sihat sempena Bulan Pemakanan Malaysia kepada masyarakat di Pulau Pinang dan memberi pendedahan serta maklumat untuk menangani masalah obesiti dalam kalangan masyarakat di Negeri Pulau Pinang. Saringan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh juga akan diadakan pada hari tersebut.

Justeru itu, kami dari Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang berbesar hati menjemput tiga (3) orang ahli PUSPANITA sebagai wakil dari setiap biro untuk menyertai program ini. Aturcara program dan borang penyertaan disertakan bersama dan sila hantar penyertaan kepada Pn.Irdawati binti Saleh sebelum 28 Mac 2018.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang  pada ketetapan yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, ahli-ahli PUSPANITA yang mempunyai anak yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2017 adalah dipelawa untuk memohon.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 April 2018 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Sharmilia binti Muhamad Yatim ditalian (04-6505168) atau Cik Shaharom binti Mohd Shah Hilmi (04-6505748).

 

Muat turun Surat.

Muat turun Lampiran A (BORANG PEMILIHAN PELAJAR CEMERLANG 2017)

Muat turun Lampiran B (SENARAI PELAJAR CEMERLANG DI PERINGKAT UPSR/SPM/STPM/STAM TAHUN 2017)

PROGRAM BICARA KELUARGA : “CABARAN KELUARGA SAKINAH DALAM ERA MILLENIUM” ANJURAN BIRO AGAMA PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa Biro Agama PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Program Bicara Keluarga : “Cabaran Keluarga Sakinah Dalam Era Millenium” seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 Mac 2018 ( Rabu)

Masa : 8.30 pagi- 12.00 Tengahari

Tempat : Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda

Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato'/Datin/Puan adalah dijemput untuk menyertai program ini dengan mengemukakan borang pengesahan kehadiran kepada urus setia program melalui faks di talian 04-2502810 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 20 Mac 2018 (Selasa).

Sebarang pertanyaan, Y.Bhg. Dato'/Datin/Puan boleh menghubungi di talian 04-2637200.

Sila klik Surat Jemputan & Borang pengesahan kehadiran.

Poster Cabaran keluarga Sakinah dalam era millenium

CABARAN 100 POKOK BAKAU ANJURAN PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

JEMPUTAN MENYERTAI CABARAN 100 POKOK BAKAU ANJURAN PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sosial dan Lawatan, PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan CABARAN 100 POKOK BAKAU  pada ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)

Tempat: PIFWA Sungai Aceh

Masa   : 8.00 pagi - 6.00 petang

Yuran  : RM40.00 seorang

 *disediakan perkhidmatan bas dari KOMTAR, minum pagi dan makan tengah hari

Penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA AHLI PUSPANITA. 

Peserta akan dibawa untuk Lawatan ke Kilang Memproses Jeruk Pak Ali dan membeli hasil laut di Perkampungan Sungai Aceh.

3. Sehubungan dengan itu, PUSPANITA Daerah Timur Laut berbesar hati menjemput semua ahli PUSPANITA untuk menyertai serta memeriahkan lagi program ini. 

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 

1. Pn. Fatin Dhaniah - 04-659 3713

2. Pn. Laily Othman - 04-650 5532

3. Pn. Norhayati - 012-3766875

BORANG PENYERTAAN

TENTATIF PROGRAM