green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA ORANG KURANG BERKEMAMPUAN / UPAYA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARRAK ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Sumbangan kepada Orang Kurang Berkemampuan / Upaya Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarrak seperti yang telah diadakan pada tahun-tahun lalu.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Penasihat PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :-

 Tarikh : 15 Mei 2019 (Rabu) 
 Tempat : Dewan Sri Pinang Lebuh Light, Pulau Pinang
 Masa : 8.30 pagi sehingga 2.00 petang

 Aturcara Majlis :
 9.00 pagi –10.30 pagi  Pendaftaran
 10.30 pagi  Bacaan Doa
 Ucapan Datin Seri Pengerusi
 Ucapan Dato' Seri Penasihat
 Penyampaian Sumbangan

 

Sehubungan dengan itu PUSPANITA Negeri amat berharap agar Y.Bhg. Dato' /Y.Bhg Datin / Tuan / Puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.

Y.Bhg. Dato' / Y.Bhg Datin / Tuan / Puan boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Cik Nurulwahidah (Bendahari PUSPANITA) di talian 04-6505413 / 019-4446762 dan Puan Zamnah Arshad (Penolong Bendahari) di talian 04-6505261 /        019-4651878.

Sumbangan boleh disalurkan mulai sekarang sehingga 13 Mei 2019.

Muat Turun Surat.