green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PROGRAM "JOM MASSAGE LESS STRESS" ANJURAN PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

Sukacita dimaklumkan,  PUSPANITA Daerah Timur Laut melalui Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Timur Laut  akan mengajurkan Program "JOM MASSAGE LESS STRESS" pada ketetapan berikut:

                  TARIKH    :  17 MEI  2019 (JUMAAT)
                  MASA      :  8.30 PAGI HINGGA  12.15 TENGAH HARI
                  TEMPAT   :  BILIK MESYUARAT BUNGA RAYA, TINGKAT 51, KOMTAR (PEJABAT DAERAH & TANAH, DAERAH                                               TIMUR LAUT)

      
YURAN PENYERTAAN : RM10.00 (10 minit PERCUMA Urutan Stress)   

Sehubungan itu, PUSPANITA DTL menjemput YB Dato'/ YBhg. Dato'/Tuan/Puan serta kakitangan di bawah seliaan YB Dato'/ YBhg. Dato'/Tuan/Puan  untuk sama-sama menyertai program ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YB Dato'/ YBhg. Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Farini binti Nordin Marican ditalian 04-650 5324.

Muat Turun Borang.

JOM MASSAGE (2)

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA ORANG KURANG BERKEMAMPUAN / UPAYA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARRAK ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Sumbangan kepada Orang Kurang Berkemampuan / Upaya Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarrak seperti yang telah diadakan pada tahun-tahun lalu.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Penasihat PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :-

 Tarikh : 15 Mei 2019 (Rabu) 
 Tempat : Dewan Sri Pinang Lebuh Light, Pulau Pinang
 Masa : 8.30 pagi sehingga 2.00 petang

 Aturcara Majlis :
 9.00 pagi –10.30 pagi  Pendaftaran
 10.30 pagi  Bacaan Doa
 Ucapan Datin Seri Pengerusi
 Ucapan Dato' Seri Penasihat
 Penyampaian Sumbangan

 

Sehubungan dengan itu PUSPANITA Negeri amat berharap agar Y.Bhg. Dato' /Y.Bhg Datin / Tuan / Puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.

Y.Bhg. Dato' / Y.Bhg Datin / Tuan / Puan boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Cik Nurulwahidah (Bendahari PUSPANITA) di talian 04-6505413 / 019-4446762 dan Puan Zamnah Arshad (Penolong Bendahari) di talian 04-6505261 /        019-4651878.

Sumbangan boleh disalurkan mulai sekarang sehingga 13 Mei 2019.

Muat Turun Surat.

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang  pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8 April 2019 (Isnin)

Masa : 8.30 Pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Akan dimaklumkan kelak

Sehubungan itu, ahli-ahli PUSPANITA yang mempunyai anak yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2018 adalah dipelawa untuk memohon.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2019 (Jumaat).

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Sharmilia binti Muhamad Yatim ditalian (04-6505168).

 

Muat turun Surat

Muat turun Lampiran A (ATURCARA MAJLIS)

Muat turun Lampiran B (BORANG PEMILIHAN PELAJAR CEMERLANG 2018)