green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

BENGKEL SOLEKAN & PENGGAYAAN TUDUNG

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Ketrampilan, PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan Bengkel Solekan dan Pengayaan Tudung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 November 2017 (Jumaat)

Masa : 11.30 pagi - 2.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya

              Tingkat 51, KOMTAR

 

Penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA AHLI PUSPANITA dengan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja (Sijil Penyertaan diberikan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi: Puan Marina 04-650 5267 atau Puan Rosediana 04-650 5528

 Sila klik Borang Penyertaan di sini.

 poster

SEMINAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Biro Ekonomi Dan Keusahawanan Puspanita Daerah Timur Laut akan menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Pusaka mengikut ketetapan seperti  berikut:
 
Tarikh           : 27 Oktober 2017 (JUMAAT)                                        
Tempat         : Auditorium F, Paras 5, KOMTAR
Masa             : 8:00 pagi - 8:30 pagi - PENDAFTARAN
                     8:30 pagi - 12:00 T/Hari - Kursus Bermula
                     (Minum Pagi Sahaja Disediakan)                                                                         
Penceramah  : Encik Muhammad Muhaizan bin Abdullah
                      ( Pegawai Bahagian Pembahagian Pusaka, JKPTG Pulau Pinang)
 
Yuran Penyertaan : RM5.00 sahaja
Tarikh tutup penyertaan : 20 Oktober 2017 (Jumaat)
 
3. Sebagai makluman, penyertaan ke Seminar Pengurusan Harta Pusaka ini dikira sebagai SATU (1) hari berkursus. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai seminar ini boleh melengkapkan borong penyertaan bersama-sama yuran penyertaan RM5.00 seperti di LAMPIRAN dan mengemukakan kepada urus setia Induk Biro Ekonomi dan Keusahawanan di Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Timur Laut (PDTDTL) di Paras 51, KOMTAR. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi uinduk di talian 04-6505510 (Pn. Farah Nabilah) / 04-6505514 ( Cik Roshidah) / 04-6505508 (Pn. Fazliana)
 
 Seminar Pengurusan Harta Pusaka
 
 

PERTANDINGAN SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG 2017 PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Kepada Semua ahli PUSPANITA !!!!!!!

BERSEMPENA DENGAN MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG 2017
PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG PADA 13 OKTOBER 2017
PERTANDINGAN AKAN DIANJURKAN........................................


PERTANDINGAN

"TIRU GAYA ARTIS"
&
"PERSEMBAHAN BERKUMPULAN"

Terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang sahaja!!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Puan Norfarah Hanim bt Kasim

Tel : 04-6505599 / 017-4351285 Faks : 04-2613453

Cik Nooranita binti Ismail

Tel : 04-6505191 / 012-4589903 Faks : 04-2610373

***semua peserta diminta membawa CD 'minus one' sendiri untuk penyertaan ini***

Peluang keemasan......Hadiah Menarik

HADIAH PERTAMA
RM400.00 + HAMPER

HADIAH KE DUA
RM300.00 + HAMPER

HADIAH KE TIGA
RM250.00 + HAMPER

SAGUHATI  RM100.00

Sila klik untuk muat turun Surat Makluman dan Borang Penyertaan Pertandingan. 

MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG 2017 PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 13 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Hotel Olive Tree, Bayan Baru, Penang.

Berbagai acara menarik disediakan antaranya “Persembahan Berkumpulan”, “Tiru Gaya Artis” dan "Pakaian Tercantik". Aturcara majlis dilampirkan untuk rujukan. Tema majlis adalah “Putih ” . Bayaran yang dikenakan adalah RM50.00 seorang. Untuk tempahan meja dan pertanyaan lanjut mengenai majlis ini, sila hubungi :-


i) Semua Jabatan di Seberang Perai :

Cik Norma bt Abdullah @ Omar

Tel : 04-3971058 / 014-2406667
Fax : 04-3970226

ii) Semua Jabatan di Georgetown :
Cik Nooranita binti Ismail
Tel : 04-6505191 / 012-4589903
Fax : 04-2630373

Adalah dimaklumkan bahawa kedudukan tempat adalah berdasarkan tarikh bayaran dibuat. Tempat adalah terhad!!!.

SILA KEMBALIKAN BORANG TEMPAHAN (LAMPIRAN I) YANG LENGKAP DIISI BESERTA BAYARAN TUNAI @ CEK KEPADA URUSETIA DI ATAS.

Sila klik untuk muat turun SURAT JEMPUTAN, ATURCARA MAJLIS & BORANG PENDAFTARAN.

PROGRAM GEGAR 10,000 LANGKAH MERDEKA 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Biro Kesihatan, PUSPANITA Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan program berjalan kaki iaitu 10,000 Langkah pada Hari Malaysia seperti berikut :

Tarikh : 16 September 2017

 Masa : 7.00 pagi - 11.00 pagi 

Tempat : Botanical Garden, 673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Surat Jemputan, Aturcara Program dan Borang Maklumbalas Penyertaan.