green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Program 'JOM SIHAT' Bersama RIDWAN MUSTAFA dan Sambutan Hari Ibu

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA PDC akan menganjurkan Program 'JOM SIHAT' Bersama RIDWAN MUSTAFA dan Sambutan Hari Ibu pada ketetapan berikut:

         Tarikh : 15 Mei 2017 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik AV, Bangunan PDC, Bandar Bayan Baru

Penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA AHLI PUSPANITA dengan yuran penyertaan sebanyak RM 10.00 sahaja.

        Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan bagi program tersebut.

Muat turun Surat Jemputan dan Borang Penyertaan.

Program Ceramah Agama "Menuju Keluarga Bahagia" dan "Hak-hak Wanita Selepas Bercerai"

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Biro Agama, Pendidikan dan Informasi, PUSPANITA SPT akan menganjurkan Program Ceramah Agama bertajuk "Menuju Keluarga Bahagia" dan "Hak-hak Wanita Selepas Bercerai" seperti ketetapan berikut:

                              Tarikh :   18 April 2017 (Selasa)

                               Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang 

                                   Tempat : Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah, SPT

Penceramah : 1. Ustaz Hasnol Hisham Bin Mokhtar  (Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam)

                        2. Tuan Mohamad Shahidan Bin Abdul Ghapar (Hakim Syariah Negeri Pulau Pinang)

3. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA serta sesiapa yang berminat (lelaki dan wanita). Sehubungan dengan itu, adalah dipohon untuk menghebahkan kepada semua yang berminat untuk menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil kakitangan bagi menjayakan program ini. Makanan pagi dan tengahari disediakan. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk rujukan YB Dato' / YBhg. Dato' / Tuan / Puan.

Muat Turun Surat Jemputan dan Atur Cara Majlis.

BENGKEL KECANTIKAN AWET MUDA DAN SOLEKAN ASAS SESI 2017

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa Biro Kepenggunaan dan Perundangan PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Bengkel Kecantikan Awet Muda dan Solekan Asas Sesi 2017 pada 14 April 2017 (Jumaat), jam 12:30 tengah hari hingga 2:30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat BPEN, Aras 26, KOMTAR.  Puan dimohon untuk mewar-warkan kepada Ahli PUSPANITA yang berminat untuk menyertai bengkel ini.  Bersama-sama ini disertakan surat makluman yang jelas maksudnya untuk perhatian dan tindakan puan selanjutnya.

3.  Kerjasama puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN BIRO KESIHATAN & KEBAJIKAN, PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

PROGRAM TADARUS AL-QURAN ANJURAN BIRO KESIHATAN DAN KEBAJIKAN, PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Biro Kesihatan dan Kebajikan, PUSPANITA DTL akan menganjurkan Program Tadarus Al-Quran sebagai salah satu usaha penghayatan bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H pada ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Mei 2017 – 16 Jun 2017

Masa : 1.00 tengah hari – 2.00 petang (Isnin - Khamis)

12.15 tengahari – 2.45 petang (Jumaat)

Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya

Tingkat 51, KOMTAR, Pulau Pinang

3. Sehubungan itu, PUSPANITA DTL dengan sukacitanya menjemput YB Dato' / YBhg. Dato' / Tuan / Puan serta kakitangan di bawah seliaan YB Dato' / YBhg. Dato' / Tuan / Puan untuk sama-sama hadir ke program ini yang mana pesertanya terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA serta Penjawat Awam di Negeri Pulau Pinang amnya. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk rujukan YB Dato' / YBhg. Dato' / Tuan / Puan.

Muat Turun Borang Pengesahan Kehadiran

PROGRAM "JOM BUAT ROTI!!" ANJURAN BIRO EKONOMI PUSPANITA DAERAH BARAT DAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Daerah Barat Daya akan mengadakan program "Jom Buat Roti!!" pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 Mei 2017 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Kolej Komuniti Bayan Baru

3. Untuk maklumat YB. Dato’/ Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan, penyertaan adalah terbuka kepada SEMUA AHLI PUPANITA dengan yuran penyertaan sebanyak RM 30.00 sahaja dan penyertaan adalah terhad kepada 25 orang sahaja. Sebarang kemushykilan dan penyertaan, YB. Dato’/ Y.Bhg. Dato’/ Tuan / Puan bolehlah berhubung dengan Cik Noor Siah binti Hussain di talian 04-8689405. Bersama-sama ini disertakan pamplet hebahan program tersebut

 

Muat Turun Pamplet

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Wanita, PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan memberikan sumbangan kepada anak-anak ahli PUSPANITA yang mendapal keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM bagi tahun 2016.

 

Justeru itu, satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang akan diadakan dan pihak YBhg. Datin / Dato' / Puan diminta untuk mengedarkan borang-borang pencalonan yang disertakan bersama-sama ini kepada ahli-ahli PUSPANITA dijabatan YBhg.Datin / Dato' / Puan.

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Puan Sazlinda binti Hussain, Penolong Setiausaha, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga (04-6505581) menerusi faks (04-2634940) atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada SURAT & BORANG PEMILIHAN PELAJAR CEMERLANG.

Bengkel Membuat Sushi bersama Madam Akiko

Bengkel Membuat Sushi bersama Madam Akiko anjuran Biro Seumur Hidup PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 31 Mac 2017

Lokasi : Refreshment Room JMTI 

Masa : 9 Pagi - 12.30 Tengah Hari

 

Sila hubungi Puan Halimaton (019-5715221) @ Cik Nurul Hanida (012-5946574).

Tarikh Akhir Penyertaan : 27 Mac 2017

Sila klik Borang Penyertaan disini.

sushi