green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Program Bicara Wanita “Halal Dan Wanita”: Nampak Halal Tapi Haram & Forum #TillJannah

Sukacita dimaklumkan bahawa Penang International Halal Hub (PIHH) dengan kerjasama Biro Kepenggunaan & Perundangan  PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Program Bicara Wanita bertemakan "Halal dan Wanita".

Program ini mengandungi bicara ilmiah bertajuk "Nampak Halal Tapi Haram" dan forum bertajuk "#TillJannah" seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 30 Mei 2018 (Rabu)           

Masa : 8.30 pg – 12.30 tgh           

Tempat :  Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR                                        

Justeru itu, kami berbesar hati ingin menjemput 10 orang ahli PUSPANITA termasuk pegawai lelaki dari setiap bahagian/ jabatan YB / YB Dato' Seri / YBhg. Dato' / Tuan / Puan, untuk menyertai program ini.

Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada Puan Nor 'Izawati binti Ibrahim melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Nurhidayah binti Che Rosli melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 22 Mei 2018 (Selasa).

Muat Turun Borang Penyertaan

Muat Turun Aturcara Program

 POSTER PROGRAM halal