green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG KE - 38 BAGI TAHUN 2021

Semua Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang 

(Jabatan Negeri & Persekutuan)

Semua Penyelaras PUSPANITA

(Sila maklumkan kepada ahli PUSPANITA di Jabatan YBhg. Datin/Puan)

  

YBhg. Dato' / Datin / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG KE - 38 BAGI TAHUN 2021.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang Ke – 38 bagi tahun 2021 akan diadakan secara dalam talian pada ketetapan seperti berikut:

                                    Tarikh            :           29 Mac 2021 (Isnin) 

                                    Masa              :           8.00 pagi – 1.00 petang

                                    Medium         :           Online (Facebook Live dan Aplikasi Zoom)

3.         Sehubungan dengan itu, semua Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang adalah dijemput hadir secara maya bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli. Sebagai ahli PUSPANITA, dikehendaki memakai pakaian seragam PUSPANITA (jika ada) bersempena mesyuarat tersebut. Semua Ahli PUSPANITA yang terdiri daripada Penjawat Awam adalah diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod / Pelepasan Waktu Bertugas bagi menyertai Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Pulau Pinang mengikut Perintah Am 42(a) Bab C. 

4.         Cadangan/Usul penambahbaikan bagi kebaikan persatuan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang melalui e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat - lewatnya (2) dua minggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan. Buku Laporan Mesyuarat Agung akan dimuatnaik ke laman rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang iaitu http://puspanita.penang.gov.my/ sebelum mesyuarat berlangsung. 

 5.         Bagi memudahkan urusan daftar senarai kehadiran untuk Mesyuarat tersebut, kerjasama YBhg. Dato' / Datin / Puan amatlah dihargai untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut http://puspanita.penang.gov.my/AGM38. Justeru, bersama-sama ini dilampirkan juga maklumat berikut untuk makluman ahli Puspanita berhubung Mesyuarat Agung Tahun ke-38 PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2021:-

6.         Kehadiran dan Kerjasama serta perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato' / Datin / Puan berhubung perkara di atas amatlah diharapkan dan diakhiri dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.