green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Perutusan Penasihat

ﺴــــــــمﺍﷲﺍﻟﺮﺣﻤﻦﺍﻟﺭﺣﯿــــــــــﻢ

Untitled-2 

datofarizan1

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya diberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam Laman web PUSPANITA Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2017. Laman web PUSPANITA ini merupakan satu lagi wadah penting PUSPANITA untuk berinteraksi secara efektif dengan ahli-ahlinya. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar laman web ini dapat dimanfaatkan penggunaan secara sepenuhnya oleh Jawatankuasa PUSPANITA untuk saling berinteraksi dalam menyalurkan informasi-informasi terkini kepada ahli-ahli secara lebih kreatif dan inovatif.

Saya juga ingin menyeru kepada semua ahli-ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang untuk mengunakan laman web ini bagi memberikan pandangan, idea-idea bernas dan berkongsi pengalaman dalam menambahbaik perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti persatuan serta menambah ilmu pengetahuan masing-masing di samping memantapkan lagi kandungan laman web ini dari masa ke semasa.

Di kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa gembira dan bangga di atas segala anugerah dan kejayaan yang telah dicapai oleh PUSPANITA Negeri Pulau Pinang sepanjang tahun 2017. Semoga semua anugerah serta kejayaan yang dicapai memberi dorongan dan lonjakan kepada PUSPANITA Negeri untuk lebih bergerak aktif bagi tahun 2018. Adalah menjadi harapan saya agar seluruh ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang dapat 'merakyatkan PUSPANITA' agar setiap aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah berasaskan prinsip-prinsip high productivity, high thinking, high skills dan highly motivated serta penuh inovatif dan integriti agar PUSPANITA dapat terus meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan dengan menekankan aspek-aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran disamping terus menjaga hubungan kemanusiaan dan keprihatinan sesama insan.

Akhir kata, saya berharap setiap ahli PUSPANITA sentiasa bersemangat dan komited dalam menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dirancang disamping pelaksanaan tugas hakiki di pejabat masing-masing. Minda terbuka perlu untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan bagi memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan hidup. Semoga komitmen dan usaha semua ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mampu memartabatkan para suri dan penjawat awam wanita di Negeri Pulau Pinang dalam mencapai kegemilangan.

Selamat MAju JAya

YB. DATO’ SERI FARIZAN BIN DARUS