green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Perutusan Pengerusi

DIMUATNAIK OLEH ADMIN PADA 2 JANUARI 2018
                                                                   ﺴــــــــمﺍﷲﺍﻟﺮﺣﻤﻦﺍﻟﺭﺣﯿــــــــــﻢ  Untitled-2


Datin Seri 2016


   

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia rahmat dari Allah Swt maka saya masih beroleh kesempatan untuk mencoretkan sepatah-dua kata dalam ruangan ini.

Saya ingin melahirkan rasa amat gembira kerana Laman Web PUSPANITA Pulau Pinang ini telah berjaya memainkan peranannya dalam menyalurkan pelbagai berita dan maklumat untuk perkongsian warga PUSPANITA. Laman Web Puspanita ini bukan sahaja dapat memberi maklumat segala aktiviti yang akan dianjurkan tetapi juga membolehkan kita semua menyaksikan rakaman gambar2 program yang telah berjaya diadakan sepanjang tahun 2017.

Saya amat teruja kerana Laman Web Puspanita ini telah berjaya menggamit minat orang ramai untuk melayarinya sehinggakan mencecah seramai 400 – 500 orang sehari secara purata, malahan pernah mencecah hampir 900 orang dalam sehari. Ini menggambarkan bahawa Laman Web ini sangat informatif dan berkesan dalam menyalurkan pelbagai maklumat mengenai Puspanita Pulau Pinang.

Marilah kita sama-sama mensyukuri segala nikmat yang Allah Swt limpahkan kepada kita sehingga Puspanita boleh bergiat aktif melaksanakan banyak program. Adalah menjadi harapan saya agar segala kejayaan dan rintangan yang dihadapi sepanjang tahun 2017 akan menjadi semangat serta dorongan untuk melangkah lebih jauh lagi dari segi pencapaian tahun 2018 ini. Semoga semua program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Puspanita akan dapat memberikan nilai tambah dari segi ilmu, agama, keperibadian, tingkah laku, personaliti & jati diri kepada semua ahli Puspanita. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti/program yang telah dan akan dilaksanakan dapat memperkasakan lagi sistem pencapaian jabatan masing-masing agar lebih cekap serta dapat mempertingkatkan lagi produktiviti.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK PUSPANITA Negeri Pulau Pinang yang telah bersama-sama saya mengharungi pelbagai rintangan bagi mencapai kejayaan yang kita telah kita capai   sekarang ini . Segala kejayaan yang telah dicapai ini membuktikan kesepakatan semua ahli yang terlibat yang sentiasa menyokong saya dalam apa jua penganjuran program Puspanita. Saya amat berharap agar segala aktiviti yang telah dilaksanakan telah dapat memberikan manafaat kepada ahli puspanita dalam meningkatkan prestasi kerja dan memantapkan jati diri malah memberi peluang menimba ilmu dan memperatkan silatulrahim sesama kita.

Harapan saya agar tahun 2018 ini PUSPANITA Negeri dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti/ program yang mampu memperkasakan lagi sistem pencapaian jabatan masing-masing agar lebih cekap dan dapat mempertingkatkan lagi produktiviti masing-masing.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat samada secara langsong atau tidak dalam penerbitan dan pengendalian  Laman Web Puspanita ini. Penerbitan Laman Web Puspanita ini telah membuktikan bahawa Puspanita mempunyai ramai ahli yang berbakat & kreatif dalam bidang ICT sehinggakan Puspanita boleh menghasilkan sendiri Laman Web yang amat cantik dan informatif ini tanpa mengupah mana-mana kepakaran luar. Semoga Laman Web Puspanita ini dapat mempertingkatkan lagi imej Puspanita Negeri Pulau Pinang menjadi antara persatuan yang di segani oleh masyarakat.

Akhir kata saya berdoa agar Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah serta kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada semua ahli PUSPANITA. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan kesepakatan untuk kita bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dalam usaha menggapai kecemerlangan. Semoga kesepakatan dan kerjasama erat antara kita akan mendapat keberkatan yang  membolehkan kita  berjaya menghadapi cabaran arus perdana masa ini dan dapat membuahkan kejayaan.


Selamat Maju Jaya.

YBHG. DATIN SERI IR. HAJJAH HAMIDAH BT MAT DAUD