green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

Latar Belakang

 

PUSPANITA  kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA  adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.
Puspanita Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dalam tahun 1982 (No. Pendaftaran 67/82-10 oleh Y.Bhg. Puan Sri Rajmin bte Rashid dan dilancarkan dengan rasminyanya pada awal tahun 1984.


PUSPANITA  adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tujuan penubuhan PUSPANITA ialah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota perkhidmatan di semua peringkat perkhidmatan. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Ketrampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-cermah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa Politeknik, Kolej di Institusi dengan menampung sebahagian dari kos pelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS.

Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini. Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.