green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG KE - 40 BAGI TAHUN 2023.

Semua Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang 

(Jabatan Negeri & Persekutuan)

Semua Penyelaras PUSPANITA

(Sila maklumkan kepada ahli PUSPANITA di Jabatan YBhg. Datin/Puan)

  

YBhg. Dato' / Datin / Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG KE - 40 BAGI TAHUN 2023.

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang Ke-40  bagi tahun 2023 akan diadakan  pada ketetapan seperti berikut:

                                    Tarikh            :           24 Februari 2023 (Jumaat) 

                                     Masa              :           8.00 pagi – 5.00 petang

                                    Tempat           :           Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang

 

3.         Sehubungan dengan itu, semua Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang adalah dijemput hadir  bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli. Sebagai ahli PUSPANITA, dikehendaki memakai pakaian seragam PUSPANITA (jika ada) bersempena mesyuarat tersebut. Semua Ahli PUSPANITA yang terdiri daripada Penjawat Awam adalah diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod / Pelepasan Waktu Bertugas bagi menyertai Mesyuarat Agung PUSPANITA Negeri Pulau Pinang mengikut Perintah Am 42(a) Bab C. 

 

4.         Cadangan/Usul penambahbaikan bagi kebaikan persatuan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang melalui e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat - lewatnya (2) dua minggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan. Buku Laporan Mesyuarat Agung akan dimuatnaik ke laman rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang iaitu http://puspanita.penang.gov.my/ sebelum mesyuarat berlangsung. 

 

 5.         Bagi memudahkan urusan daftar senarai kehadiran untuk Mesyuarat tersebut, kerjasama YBhg. Dato' / Datin / Puan amatlah dihargai untuk mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut di  http://puspanita.penang.gov.my/AGM40. Justeru, bersama-sama ini dilampirkan juga maklumat berikut untuk makluman ahli Puspanita berhubung Mesyuarat Agung Tahun ke-40 PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang Tahun 2023:-

6.         Kehadiran dan Kerjasama serta perhatian yang diberikan oleh YBhg. Dato' / Datin / Puan berhubung perkara di atas amatlah diharapkan dan diakhiri dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian.