green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PERUTUSAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

 puspanita2

puspanita1

 

 

Yang dikasihi semua Ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang,

“Merangkul Kesamarataan” (Embrace Equity) - Itulah tema sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini. Sesungguhnya peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara begitu besar dan tidak ternilai harganya. Malah, tiada siapa dapat menyangkal betapa pentingnya peranan golongan wanita dalam mengait dan menyulam kisah kejayaan sesebuah keluarga mahupun negara.

Wanita berhati waja mampu mengharungi setiap cabaran yang datang dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT. Itulah istimewanya setiap wanita. Disinilah kita melihat kekuatan insan yang bergelar wanita walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita tetap mampu bangkit dengan cekal menghadapi cabaran tersebut.

Tema pada tahun ini bukanlah sekadar tema semata-mata tetapi tema ini bertujuan mengangkat semangat juang wanita yang tidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.  

Puan-puan sekalian,

Komitmen, kesabaran dan kecekalan wanita - sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak dan sebagai seorang warga Malaysia yang berjiwa besar - memberikan inspirasi buat semua. Kekuatan Wanita dapat dilihat apabila dia berani mampu melangkah kehadapan dan melakukan pelbagai pekerjaan demi suami dan keluarga tercinta.

Justeru, mewakili PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang, saya amat menghargai anda semua, terlalu banyak jasa-jasa dan pengorbanan wanita dalam hidup kita. Saya amat berbangga dengan pencapaian ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang. Sambutan Hari Wanita kali ini turut bertepatan dengan Moto Ulangtahun ke 40 tahun PUSPANITA iaitu ​“40 Tahun PUSPANITA: Melakar Sejarah, Memperkasa Wanita”. Moto yang eksklusif serta dicipta khas dalam merealisasikan kesaksamaan peranan wanita hari ini. Ini membuktikan bahawa, wanita yang berdaya saing dan komited mampu mengubah masa depan sesebuah negara.

Saya percaya semua usaha, pencapaian dan sumbangan Wanita adalah tonggak kepada kemakmuran masyarakat sejagat. "One moment can change a day, one day can change a life, and one life can change the world." - Gautama Buddha

Selamat Menyambut Hari Wanita kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang.

Salam Hormat,

YBhg. Datin Zuraida binti Dahari

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang