green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PROGRAM IM4U BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG KOTA AUR, SEBERANG PERAI UTARA ANJURAN BERSAMA BIRO KEUSAHAWANAN PUSPANITA PERPUSTAKAAN DAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan PUSPANITA Perpustakaan dan PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan program IM4U Bersama Komuniti di Kampung Kota Aur pada 29 Mei 2016 (Ahad). Program ini dibuka kepada semua ahli PUSPANITA Negeri Pulau Pinang dan terbuka kepada 100 penyertaan terawal sahaja.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini perlu membayar RM10.00.

Sila hubungi Cik Nooranita bt Ismail di talian 012-4589903 / 04-6505191.

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan Surat Jemputan dan Atur cara Program.

ANUGERAH DAN AHLI PUSPANITA CEMERLANG

ANUGERAH AHLI PUSPANITA CEMERLANG

DIMUATNAIK OLEH ADMIN PADA 

Syabas diucapkan kepada Cik Nooranita Binti Ismail, Setiausaha Puspanita Cawangan Negeri Pulau Pinang kerana telah memenangi Anugerah semasa Mesyuarat Agong Puspanita Kebangsaan di Puspanitapuri, Putrajaya pada 26 April 2016.

Syabas diucapkan...

                                    13096236 870640536378121 9019913372716040884 n               IMG 20160426 WA0065

Jemputan Menyertai Aktiviti Mendaki Bukit Bendera

Biro Ahli Seumur Hidup, PUSPANITA Pulau Pinang akan menganjurkan aktiviti mendaki Bukit Bendera. 

Tarikh : 14 Mei 2016 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang 

Tempat : Moon Gate, Pulau Pinang

Yuran : Percuma (RM30 dikenakan jika berminat untuk membeli baju-T pendakian. Tarikh akhir tempahan - 11 April 2016)

Pakaian : Baju-T pendakian / Baju-T PUSPANITA sahaja

Tarikh Tutup Penyertaan : 2 Mei 2016 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada SURAT JEMPUTAN, ATURCARA & BORANG PENYERTAAN

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pendidikan dan Pembangunan Wanita, PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan memberikan sumbangan kepada anak-anak ahli PUSPANITA yang mendapal keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM bagi tahun 2015.

 

Justeru itu, satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang akan diadakan dan pihak YBhg. Datin / Dato' / Puan diminta untuk mengedarkan borang-borang pencalonan yang disertakan bersama-sama ini kepada ahli-ahli PUSPANITA dijabatan YBhg.Datin / Dato' / Puan.

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Puan Sazlinda binti Hussain, Penolong Setiausaha, Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga (04-6505494) menerusi faks (04-2634940) atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada SURAT & BORANG PEMILIHAN PELAJAR CEMERLANG.

JEMPUTAN MENYERTAI LAWATAN MESRA/LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR ANJURAN BIRO KEPENGGUNAAN DAN PERUNDANGAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kepenggunaan dan Perundangan Puspanita Negeri Pulau Pinang julung-julung kalinya akan mengadakan Lawatan MESRA / Lawatan Sambil Belajar seperti ketetapan berikut:

Tempat : Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sekitar Kuala Lumpur
Tarikh   : 31 Mac 2016 (Khamis) - 2 April 2016 (Sabtu)
Masa    : 11:30 malam

Yuran Penyertaan : RM100.00

Pakaian : Smartkasual dan tudung pink (untuk sesi lawatan rasmi)

Sila klik di sini untuk Surat Jemputan, Aturcara Program & Borang Penyertaan. 

KEJOHANAN BOWLING TERBUKA WANITA PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Puspanita Daerah Timur Laut, Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Boling 9 Pin Terbuka Wanita pada ketetapan seperti berikut :-

                           Tarikh   : 02hb April 2016 (Sabtu)

                            Masa    : 10.00 Pagi

                           Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farkuhar, Pulau Pinang

3.      Sehubungan dengan itu, Persatuan ini dengan berbesar hati menjemput ahli dari Jabatan / Agensi Yg. Bhg. Dato' / Tuan / Puan untuk menyertai serta memeriahkan lagi kejohanan ini. 

4.        Sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras kejohanan Puan Sharifah Fatimah Bt Syed Hashim (012 573-5796) atau Puan Noor Aini Bt Mat Nayan (017-447 9179) atau di talian No. Tel Pejabat : 04 – 6505536. 

Sila klik di sini untuk Borang penyertaan dan syarat-syarat kejohanan.