green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PROGRAM LAWATAN KERJA KE KEMBOJA ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja seperti berikut:

Tarikh : 26 sehingga 29 Oktober 2018

Tempat : “Hospital Beyond Boundaries” (HBB), Phnom Penh, Kemboja

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk melawat dan menyalurkan bantuan daripihak PUSPANITA Negeri kepada pihak pentadbir “Hospital Beyond Boundaries” di samping menzahirkan keperihatinan PUSPANITA terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan di Kemboja.

Untuk makluman Y. Bhg. Dato' / Datin / Puan “Hospital Beyond Boundaries” telah dibina dan diuruskan oleh sekumpulan doktor – doktor dari Malaysia dengan pembiayaan sendiri dan hasil sumbangan orang ramai. Tiada peruntukan dari Kerajaan untuk operasi hospital ini.

Pihak PUSPANITA Negeri juga turut mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas dari pihak Y. Bhg. Dato' / Datin / Puan untuk disalurkan kepada pihak “Hospital Beyond Boundaries” bagi membantu meringankan beban kos rawatan pesakit serta menyokong usaha pihak “Hospital Beyond Boundaries” dalam membantu masyarakat setempat dan golongan miskin yang amat memerlukan bantuan rawatan. Y.Bhg. Dato' / Datin / Puan boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Cik Nurulwahidah bt Ab Hamid (Bendahari PUSPANITA) di talian 04-6505413 / 019-4446762.

Muat turun Surat makluman.