green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

tahniah2

PELANTIKAN YANG BERBAHAGIA DATO' MAIMUNAH MOHD SHARIF SEBAGAI 'EXECUTIVE DIRECTOR OF UNITED NATION - HABITAT'

Yang Berbahagia Dato' Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), yang juga Pengerusi Puspanita MBPP telah dilantik sebagai 'Executive Director Of United Nation - Habitat' oleh Secretary General United Nation, Mr Antonio Guterres, setelah diluluskan sebulat suara di General Assembly United Nation pada 22 Disember 2017, jam 3.00 petang (waktu New York) dan pada 23 Disember 2017, jam 4.00 pagi (waktu Malaysia)

Dato' Maimunah juga disenarai sebagai individu dan wanita pertama Asia yang memegang jawatan itu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Ibu Pejabat United Nation - Habitat adalah di Nairobi, Kenya. Pelantikan beliau ini adalah selama empat (4) tahun. Upacara Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan akan diadakan di Ibu Pejabat United Nation di New York dan tarikh Upacara Angkat Sumpah akan ditentukan kemudian.

Dato' Maimunah merupakan Pengerusi Puspanita MBPP serta mantan Pengerusi Puspanita MPSP. Pelantikan beliau sebagai Executive Director UN - Habitat amat membanggakan seluruh warga Puspanita Negeri Pulau Pinang serta seluruh wanita Malaysia amnya.

Beliau merupakan wanita Asia pertama yang menjawat jawatan berprestij ini.

TAHNIAH...

 

 mbor

                   

      

dato maimunah 1
                                                      
 Pengerusi PUSPANITA MBPP