green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

PROGRAM LAWATAN KERJA KE KEMBOJA ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan lawatan kerja ke Phnom Penh, Kemboja seperti berikut:

Tarikh : 26 sehingga 29 Oktober 2018

Tempat : “Hospital Beyond Boundaries” (HBB), Phnom Penh, Kemboja

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk melawat dan menyalurkan bantuan daripihak PUSPANITA Negeri kepada pihak pentadbir “Hospital Beyond Boundaries” di samping menzahirkan keperihatinan PUSPANITA terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan di Kemboja.

Untuk makluman Y. Bhg. Dato' / Datin / Puan “Hospital Beyond Boundaries” telah dibina dan diuruskan oleh sekumpulan doktor – doktor dari Malaysia dengan pembiayaan sendiri dan hasil sumbangan orang ramai. Tiada peruntukan dari Kerajaan untuk operasi hospital ini.

Pihak PUSPANITA Negeri juga turut mengalu-alukan sebarang sumbangan ikhlas dari pihak Y. Bhg. Dato' / Datin / Puan untuk disalurkan kepada pihak “Hospital Beyond Boundaries” bagi membantu meringankan beban kos rawatan pesakit serta menyokong usaha pihak “Hospital Beyond Boundaries” dalam membantu masyarakat setempat dan golongan miskin yang amat memerlukan bantuan rawatan. Y.Bhg. Dato' / Datin / Puan boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Cik Nurulwahidah bt Ab Hamid (Bendahari PUSPANITA) di talian 04-6505413 / 019-4446762.

Muat turun Surat makluman.

"Chocolate & Flower Happy Bunch Class"

 
Sukacita dimaklumkan Biro Ekonomi & Keusahawanan Puspanita Daerah Timur Laut akan menganjurkan
           
"Chocolate & Flower Happy Bunch Class"  pada ketetapan seperti berikut :
 
                        Tarikh   : 6 Oktober 2018 (Sabtu)
                        Masa     : 9.00 pagi - 3.00 petang
                        Tempat : Bilik Tanjong, Dewan Sri Pinang
                                      Jalan Tun Syed Sheh Barakhbah, George Town
                                      10450 Pulau Pinang
 
Yuran untuk penyertaan adalah seperti berikut :
 
Ahli Puspanita :RM35.00
Bukan Ahli Puspanita : RM70.00
Penyertaan terbuka untuk 40 orang sahaja.

Sila lengkapkan borang penyertaan dan jelaskan bayaran sebelum atau pada 3 OKTOBER 2018 (ISNIN)

kepada URUS SETIA PUSPANITA DTL di alamat PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH TIMUR

LAUT PARAS 51 KOMTAR, 10000 PULAU PINANG

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia menerusi talian :
Pn. Farini     : 04-6505324
Pn. Fazliana : 04-6505508
Pn. Farah    : 04-6505510/5515
Cik Roshida : 04-6505524
 
 
bunga

MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG 2018

PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang yang terbuka kepada semua ahli PUSPANITA pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 12 Oktober 2018 (Jumaat) bersamaan 3 Safar 1440H

Masa : 8.00 malam

Tempat : Hotel Olive Tree, Bayan Baru, Penang.

Berbagai acara menarik disediakan antaranya “Persembahan Berkumpulan”, “Tiru Gaya Artis” dan “Pakaian Tercantik”. Tema pakaian adalah “Pink”“Door Gift” juga akan diberikan kepada semua peserta yang hadir.

Bayaran yang dikenakan adalah RM60.00 seorang untuk ahli dan RM70.00 untuk bukan ahli. Untuk tempahan meja dan pertanyaan lanjut mengenai majlis ini, sila hubungi :-

i) Semua Jabatan di Seberang Perai :Cik Norma bt Abdullah @ Omar Tel : 04-3971058 / 014-2406667Fax : 04-3970226

ii) Semua Jabatan di Georgetown :Cik Nooranita binti Ismail Tel : 04-6505191 / 012-4589903Fax : 04-26303734.

Adalah dimaklumkan bahawa kedudukan tempat adalah berdasarkan tarikh bayaran dibuat. Pembayaran awal akan ditempatkan di barisan hadapan. Tempat adalah terhad!!!.

Tawaran KUPON PERCUMA juga diberikan kepada peserta yang bayar awal di mana pihak Canon bermurah hati menaja mengambil 1 gambar peserta secara percuma. Tawaran ini terhad.

SILA KEMBALIKAN BORANG TEMPAHAN (LAMPIRAN I) YANG LENGKAP DIISI BESERTA BAYARAN TUNAI @ CEK KEPADA URUSETIA DI ATAS.

Sila klik untuk muat turun SURAT JEMPUTAN, ATURCARA MAJLIS & BORANG PENDAFTARAN.

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM ”COFFEE TALK: PENGALAMAN AWAN BIRU – SATU SURATAN ATAU KEBETULAN” ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga, PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Program Coffee Talk : Pengalaman Awan Biru – Satu Suratan Atau Kebetulan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Ogos 2018 (Selasa)

Masa : 2.00 – 4.30 petang

Tempat : Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang

Penceramah : YBrs. Lt. Kol. Norhana binti Abd Manaf, Pegawai Staf 1 Rancang Pegawai, Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan Malaysia

Sasaran : Terbuka kepada semua pegawai Pengurusan & Profesional

Sehubungan itu, YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan dijemput untuk hadir/ mengemukakan pencalonan dua (2) orang ahli bagi setiap Biro untuk menghadiri program ini.

Tempat untuk peserta adalah terhad bagi 100 peserta terawal sahaja. Kehadiran peserta akan dikira sebagai satu (1) hari berkursus. Untuk makluman, tiada kemudahan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur.

Kerjasama YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan seterusnya dipohon untuk mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran B) kepada pentadbiran ini sebelum atau pada 9 Ogos 2018 (Khamis) jam 12.00 tengah hari melalui e-mel kepada urusetia.

Sekiranya pihak YB Dato'/ YBhg. Datin / Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung perkara ini, boleh menghubungi pegawai berikut: 

Puan Sharmila binti Muhamad Yatim, Tel. 04-6505168, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Puan Siti Munirah binti Mahamod, Tel. 04-6505783, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Puan Nur Afiza binti Abdul Razak, Tel. 04-6505489, emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ;

Muat turun Surat Jemputan, Lampiran A & B.

JEMPUTAN CERAMAH PERDANA BERSAMA DATO' USTAZ KAZIM ELIAS : "SUAMI HENSEM ISTERI OHSEM"

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Daerah Timur Laut dan Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (KESAKTI) dengan kerjasama Masjid Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Ceramah Perdana Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias : "Suami Hensem Isteri Ohsem" seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 3 Ogos 2018 (Jumaat)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Negeri Pulau Pinang

Selain daripada itu, turut diadakan aktiviti-aktiviti menarik dikawasan perkarangan masjid seperti Jumbo Sale, Food Truck, aktiviti memanah dan berkuda yang bermula seawal jam 3.00 petang.

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir.

 poster ceramah

Program Bicara Wanita “Halal Dan Wanita”: Nampak Halal Tapi Haram & Forum #TillJannah

Sukacita dimaklumkan bahawa Penang International Halal Hub (PIHH) dengan kerjasama Biro Kepenggunaan & Perundangan  PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Program Bicara Wanita bertemakan "Halal dan Wanita".

Program ini mengandungi bicara ilmiah bertajuk "Nampak Halal Tapi Haram" dan forum bertajuk "#TillJannah" seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 30 Mei 2018 (Rabu)           

Masa : 8.30 pg – 12.30 tgh           

Tempat :  Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR                                        

Justeru itu, kami berbesar hati ingin menjemput 10 orang ahli PUSPANITA termasuk pegawai lelaki dari setiap bahagian/ jabatan YB / YB Dato' Seri / YBhg. Dato' / Tuan / Puan, untuk menyertai program ini.

Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada Puan Nor 'Izawati binti Ibrahim melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Puan Nurhidayah binti Che Rosli melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 22 Mei 2018 (Selasa).

Muat Turun Borang Penyertaan

Muat Turun Aturcara Program

 POSTER PROGRAM halal

MAJLIS SUMBANGAN KEPADA ORANG KURANG BERKEMAMPUAN / UPAYA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARRAK ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Sumbangan kepada Orang Kurang Berkemampuan / Upaya Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarrak seperti yang telah diadakan pada tahun-tahun lalu.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Penasihat PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti ketetapan berikut :-

 Tarikh : 15 Mei 2018 (Selasa) 
 Tempat : Dewan Sri Pinang Lebuh Light, Pulau Pinang
 Masa : 8.30 pagi sehingga 4.00 petang

 Aturcara Majlis :
 9.00 pagi –10.30 pagi  Pendaftaran
 Jamuan Makan pagi
 10.30 pagi  Bacaan Doa
 Ucapan Datin Seri Pengerusi
 Ucapan Dato' Seri Penasihat
 Penyampaian Sumbangan
 Jamuan Makan Tengahari

 

Sehubungan dengan itu PUSPANITA Negeri amat berharap agar Y.Bhg. Dato' /Y.Bhg Datin / Tuan / Puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.

Y.Bhg. Dato' / Y.Bhg Datin / Tuan / Puan boleh menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Cik Nurulwahidah (Bendahari PUSPANITA) di talian 04-6505413 / 019-4446762 dan Puan Zamnah Arshad (Penolong Bendahari) di talian 04-6505261 /        019-4651878.

Sumbangan boleh disalurkan mulai sekarang sehingga 10 Mei 2018.

Muat Turun Surat dan Borang Bantuan Zakat