Logo Rasmi

Warna Emas
Melambangkan kepentingan kualiti yang ulung sebagai teras kecemerlangan.
Bulan Bintang
Melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA akan bersatu tenaga.
Bunga Raya
Melambangkan peranan persatuan dalam mencapai aspirasi dan objektif pembangunan negara.
Warna Ungu
Melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
P dan Fa
Melambangkan kewanitaan
Buku
Melambangkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan.
Bunga Padi
Melambangkan kesatuan di antara ahli yang berbilang bangsa di dalamnya.