Profil
PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.Puspanita Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dalam tahun 1982 (No. Pendaftaran 67/82-10 oleh Y.Bhg. Puan Sri Rajmin bte Rashid dan dilancarkan dengan rasminyanya pada awal tahun 1984.
PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tujuan penubuhan PUSPANITA ialah untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota perkhidmatan di semua peringkat perkhidmatan. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Ketrampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-cermah bengkel, seminar dan kursus. PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa Politeknik, Kolej di Institusi dengan menampung sebahagian dari kos pelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS.
Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini. Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.
- Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.
Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus.
Adalah untuk menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembanguan negara khususnya yang berkaitan dengan kau wanita di negara ini.
Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan asset-asset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.
Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada Persatuan ini.
Untuk menjadi persatuan wanita yang berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
Memberi perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada ahli PUSPANITA dan pelanggan yang berurusan dengan PUSPANITA.
Menyampaikan segala bentuk maklumat atau aktiviti dengan cepat ke setiap cawangan PUSPANITA.
Mengadakan aktiviti yang melibatkan ahli PUSPANITA setiap tahun.
Mengemaskini setiap maklumat dan aktiviti yang dijalankan di laman web PUSPANITA.
Mengemaskini maklumat ahli dalam sistem ePuspanita dalam tempoh 5 hari bekerja dari permohonan diterima.