green blue white yellow red

BAHASA LAIN    HP3 img04 download fb Youtube  Picture7 download

GARAGE RAMADHAN SALE

Biro Ekonomi dan Keusahawanan PUSPANITA Daerah Timur Laut akan menganjurkan program "Garage Ramadhan Sale" yang diadakan pada ketetapan berikut:

    Tarikh       :        9 Jun 2017 (Jumaat)

    Masa        :        8.00 pagi – 3.00 tengah hari

    Tempat     :       Ruang Legar Tingkat 5, KOMTAR

                             PULAU PINANG

 

Syarat penyertaan untuk jualan:

1) Terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga.

2) Bayaran untuk tapak RM45.00 /tapak.

3) Tarikh tutup permohonan 7 Jun 2017

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 04-650 5510 (Farah) / 04-650 5514 (Shieda)

PROGRAM EHYA RAMADAN : FORUM 'GAJET PENGASUH KE-2' ANJURAN BIRO KESIHATAN DAN KEBAJIKAN, PUSPANITA DAERAH TIMUR LAUT

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Kesihatan dan Kebajikan, PUSPANITA DTL akan menganjurkan Program Ehya Ramadan sebagai salah satu usaha penghayatan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1438H pada ketetapan berikut :


                                    Tarikh       :        9 Jun 2017 (Jumaat)

                                    Masa        :        8.30 pagi – 1.00 tengah hari

                                    Tempat     :       Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR

                                                              PULAU PINANG

Semua ahli PUSPANITA serta penjawat awam Negeri Pulau Pinang akan diberikan keutamaan untuk menyertai program ini.

Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman.

Muat Turun Aturcara Majlis

Muat Turun Borang PenyertaanMuat Turun Borang Penyertaan

 

SUMBANGAN KEPADA ORANG KURANG BERKEMAMPUAN / KURANG UPAYA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG

SUMBANGAN KEPADA ORANG KURANG BERKEMAMPUAN / KURANG UPAYA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ANJURAN PUSPANITA NEGERI PULAU PINANG
 
Dimaklumkan bahawa PUSPANITA Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Sumbangan Kepada Orang Kurang Berkemampuan / Kurang Upaya sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 2017.   
 
Sehubungan dengan itu, PUSPANITA Negeri Pulau Pinang amat berharap agar YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan majlis tersebut.  Semoga dengan sumbangan ikhlas yang pihak YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan berikan dapatlah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan yang kurang berkemampuan. 
3.    Bersama-sama ini disertakan surat  yang jelas menerangkan maksudnya sebagai rujukan YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan selanjutnya.  Segala kerjasama dan perhatian YB Dato'/YBhg Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih
 

PROGRAM SANTAI SIHAT CERGAS – PENDAKIAN KE RUMAH BATU SUNGAI PINANG

Biro Sukan PUSPANITA Cawangan Daerah Barat Daya akan mengadakan Program Santai Sihat Cergas – Pendakian Ke Rumah Batu Sungai Pinang, Balik Pulau mengikut ketetapan berikut :

           

                    Tarikh : 22 April 2017 (Sabtu)

                    Tempat Berkumpul : Di Hadapan Perpustakaan Desa (PNM)

    Sungai Pinang, Balik Pulau

                    Masa                           : 8.30 pagi

 

Sehubungan dengan itu, Pihak PUSPANITA amat berbesar hati menjemput ahli-ahli PUSPANITA atau kakitangan dari jabatan tuan/puan untuk menyertai dan memeriahkan program ini. Penyertaan adalah PERCUMA. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn Rosidah Bt Romli, 016-4330764 atau Pn. Syuzliazura Bt Abd Shukor, 019-5646422.

JEMPUTAN KE PROGRAM SOLAT SUNAT RAWATIB, SOLAT TASBIH DAN TAZKIRAH ANJURAN BIRO AGAMA PUSPANITA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.  Dimaklumkan bahawa Biro Agama Puspanita Daerah SPU akan menganjurkan Program di atas pada ketetapan seperti berikut:
                                    Tarikh    :   21 April 2017
                                    Masa     :    1.00 tgh - 4.00 ptg
                                    Tempat  :   Surau Al-Syakirin, Pejabat Daerah & Tanah SPU
 
3.  Sehubungan itu, PUSPANITA Daerah SPU berbesar hati menjemput kakitangan di bawah seliaan pihak YB Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk menyertai program tersebut.  Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Zarina binti Hashim di talian 04-5776574 dan Puan Faziyaton binti Shaaban di talian 04-5776569 pada waktu pejabat.
4.  Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan untuk perhatian pihak YB Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan.
 

CERAMAH AGAMA BERTAJUK 'MALAM PERTAMA! DI ALAM BARZAKH'

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Agama  PUSPANITA Negeri Pulau Pinang ingin menganjurkan ceramah agama bertajuk " Malam Pertama! Di Alam Barzakh" di atas seperti ketetapan berikut :

TARIKH               :              12 MEI 2017 (JUMAAT)

MASA                  :              8:00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

TEMPAT              :              AUDITORIUM C, TINGKAT 5, KOMTAR

Sehubungan dengan itu, puan adalah dipohon untuk mewar-warkan program ini kepada semua Ahli PUSPNITA Negeri yang tiada kemudahan email. Program ini adalah program yang berbayar, seorang dikenakan RM5.00 sahaja.

Sila serahkan nama peserta yang berminat serta bayaran sebelum 12 Mei 2017. Tempat adalah terhad.

Bersama-sama ini dilampirkan borang untuk makluman dan tindakan puan sewajarnya.  Kerjasama dan budi baik puan amatlah diharapkan dalam menjayakan program ini.

Muat turun Surat Jemputan dan Borang Penyertaan.